Kemaruk Pilihan Raya

Wahlawehhh lame betol tak ngupdate belog..sampai berdebu dah..banyak gak perubahan yang aku tengok kat belog2 orang laen..tapi yang pasti..domain roul.tk still leh gune lagi..ngeheeh sape kate domain ni tak bagos??! even lame xupdate pon domain ni still menanti untuk aku gunakan XD..

Satu lagi yang aku agak terkejut ialah perkhidmatan chat Shoutmix dah dibatalkan..aku dengan terpinga2 cuba laa carik kenapa dan apa punca..setelah melawat kat website depa..rupanya depa merasa kerugian yang amat besar sebab bagi pereee jek kat korang..nak diletak Ads dorang tak mau buat gitu..haihh terpulang laa..shoutmix xleh pakai Cbox still ade.. :))

Ok berbalik kepada tajuk utama "KEMARUK PILIHAN RAYA"..ramai kan yang sedia maklum bahawa pilihan raya sekarang sedang hangat berlangsung dan para dungu2 politik sekalian hebat memperkatakan tentang parti masing2..tanpa disedari puak yang minoritinya tidak memperdulikan langsung tentang hal politik mulai gemar mengikut segala perkembangan politik..sebab apa?? ini kerana mereka tertawa melihat ahli politik yang sesama bangsa berteriak sakan macam monyet mempertahankan kawasan..

bergaduh kerana kuasa bergaduh kerana duit fitnah dituju, kata kesat dilontar, rasuah diamalkan..itu semua isu yang sering kita dengar berkenaan dengan kePOLITIKan..bermacam video aku dah saksikan tentang isu politik..bermacam parti aku dah dengar..bermacam tohmahan mereka lontar..pernah ke diorang fikir camne nak jadi contoh kepada rakyat kalau diri sendiri tak betul..??

bila waktu pilihanraya menjelang..waktu itu laa gerombolan parti sibuk buat promosi bagaikan jualan murah..artikel diterbitkan, bendera dikibarkan, janji diperjuangkan, calon parti pula merancang cari golongan yang memerlukan dan hebahkan pertolongan mereka kepada golonga yang susah tersebut..phuii betul punya drama.. tapi..bila sudah terpilih............................

aku bukan prejudis terhadap sebarang parti yang berkempen..walhal aku sendiri belum berdaftar utk mengundi..sebab apa?? kerana otak aku serabut tengok monyet yang pandai berjanji tapi tak dikotakan..aku serabut tengok drama yang dorang pertontonkan..aku serabut tengok anak muda dipermainkan..sebagai contoh..sebelum waktu pilihanraya anak muda dianggap 'mat rempit' langsung tak menyumbang ape2..tapi..bila pilihan raya menjelang..anak muda diseru oleh gerombolan monyet politik agar bangun dan sertai mereka kerana mereka adalah masa depan negara..OPAH MU!

Tapi nilah realiti..yang bodoh akan diperbodohkan..yang pandai pon akan diperbodohkan..mahu tak mahu tanggungjawab mengundi harus dijalankan..kite memang dah terperangkap dengan politik sejak lahir lagi..bila keluarga kita mengundi A..kita pon terpaksa undi A..bukan sebab menuruti ape yang dilakukan orang tua kita..tapi kerana mentaliti kite yang terpaksa akur dengan persekitaran..

sini aku tempelkan video yang menarik minat aku..oleh Math Luthfi :)


p/s : aku suke dengan quote ni

"People should not be afraid of their governments.
Governments should be afraid of their people."