Alam perkahwinan


Alhamdulillah.

Tanggal 5 disember 2015 menjadi titik noktah kehidupan bujang aku sebagai lone ranger. Pada saat ini segala tanggungjawab akan digalas oleh aku untuk bina kehidupan dengan isteri yang dinikahi. Dalam bahagianya hati mesti terpalit kepahitan, dan of course sebelum aku bernikah banyak pahit jerih yang terpaksa ditempuh, terlalu banyak halangan yang memungkinkan aku untuk patah semangat, terlalu banyak faktor yang boleh menyebabkan aku berpatah balik kembali ke kehidupan bujang, dan percayalah jika engkau kuat, yakin dengan qada' dan qadar Allah akan permudahkan segalanya.

Bila melangkah ke alam perkahwinan banyak yang perlu dititikberatkan, jangan bernikah kerana nafsu dan jangan bernikah kerana trend.

Niat kita bernikah dengan isteri hanyalah untuk menghalalkan hubungan dan memudahkan melakukan hubungan intim sesama sendiri, dari situ ia akan mendatangkan kemudaratan dari segi psikologi, ini kerana nikah kerana nafsu semata hanyalah bersifat sementara, waima tidak berkekalan hingga akhirnya, nafsu merupakan permainan syaitan yang hanyalah menghasut umat manusia ke arah kesesatan. Dan tatkala engkau bernikah, syaitan akan berhenti mengoda nafsu umat islam dan waktu itu apakah engkau boleh terima sepenuhnya isteri yang dinikahi? perbetul niat untuk bernikah, tanam dalam hati untuk sehidup semati, susah senang dan bahagia bersama hingga ke jannah.

Faktor bernikah kerana trend ini sering terjadi bila rakan sekeliling mula ambil langkah berkahwin, walhal kita sendiri masih terkapai dalam perhubungan, waktu ini fikiran kita terganggu dengan sentimen perkahwinan dan rasa terancam dengan pandangan orang sekeliling, ianya bukanlah sesuatu yang salah, malah ianya mengalakkan kita untuk lebih matang dalam perhubungan, kerana kita mula memikirkan soal perkahwinan untuk mengakhiri zaman percintaan tanpa status. Situasi ini sering melanda golongan wanita kerana bagi mereka tatkala umur mencecah 25-26 mereka sudah mula runsing akan apa pengakhiran hubungan mereka. sebagai penyelesaiannya berbincanglah dengan matang dan buat perancangan dari awal dan tidak terburu-buru.

Syukur ke hadrat Ilahi, Allah kurniakan aku sihat akal fikiran, sihat fizikal dan seorang isteri yang alhamdulillah memahami dalam segala segi, boleh dibawa berbincang dan terima segala teguran. ramai yang inginkan mahligai perkahwinan yang indah dan sempurna dari segala segi, namun hakikat yang pahit perlu diterima, perkahwinan ialah perjalanan hidup yang dilalui tiap hari bersama pasangan sehingga akhir hayat, banyak pasang surut perlu ditempuh bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Sebagai seorang suami jujur aku katakan tingkat kesabaran perlu diperingkat tertinggi, banyak yang perlu dipelajari bagi membimbing seorang isteri dan bakal anak di kemudian hari, amarah yang terpendam tidak boleh dilampias bersahaja, terlajak perahu boleh di undur terlajak kata buruk padahnya. Tenanglah dalam mengambil keputusan dan tidak terlalu terburu-buru agak tidak mendatangkan kemudaratan kemudian hari. Aku pun terkadang terlepas kata atau marah kepada isteri aku, namun setelah tenangkan diri untuk seketika rasa penyesalan tu menyelubungi diri, rasa tak tenang, rasa takut, rasa bersalah semua rasa ada. Waktu itu ego merupakan tembok yang paling tebal untuk ditembusi kerana ancaman yang paling hebat dalam perhubungan ialah EGO untuk tunduk dalam kemaafan.

Seperti yang sedia maklum, emosi seorang wanita sangatlah rapuh, mereka boleh bersedih akan sesuatu yang kita rasakan enteng tapi bagi mereka ianya hal yang besar. kita sebagai lelaki dilahirkan dengan emosi yang bersahaja dan tidak terlalu komplikated. tapi bagi wanita ianya adalah sebaliknya, berhati hatilah dalam setiap pertuturan dan elakkan untuk melukakan hati isteri. Hargai setiap apa yang mereka lakukan untuk kita ini kerana mereka juga sedaya upaya jadi seorang isteri yang kita mahukan sepertimana kita mahu jadi suami yang terbaik untuk mereka. Bersama jadi yang terbaik di dunia dan akhirat.

Akhir kata, jadilah seorang penghibur kepada isteri anda, dengarkan gelak ketawanya dan dengarkan celotehnya setiap hari, nescaya inilah yang akan menenangkan hati korang lebih dari apa pun.

RL.

Resolusi Perkahwinanku

Apa erti perkahwinan bagi diri aku??

Bagi aku erti perkahwinan mahupun pernikahan ialah penyatuan dua jiwa yang dah bersetuju untuk hidup sebati bersama, dua jiwa yang mana boleh terima kebaikan dan keburukan setiap pasangan, boleh bertolak ansur dan berbincang atas segala apa keputusan untuk masa depan bersama, mencari keredhaan di dunia mahu pun akhirat, sedia berubah ke arah kebaikan dan membimbing keluarga yang bahagia.

Dari segi persepsi individu aku, pernikahan merupakan satu keputusan yang sangat besar, ia merupakan titik permulaan bagi kehidupan yang lebih mencabar dan tanggungjawab yang perlu dipikul membuat semua lelaki yang akan menamatkan waktu bujang mereka tertanya tanya, apakah benar keputusan yang mereka buat??

Seringkali terpacul di fikiran, mampukah aku bimbing seorang isteri ke jalan yang diredhai? sedangkan aku sendiri masih rapuh berdiri menghadap ilahi. persoalan demi persoalan terbit di sanubari, bahkan segala yang kau cuba usahakan juga kadangkala digagalkan oleh orang sekeliling. ramai yang akan mempersoalkan kredibiliti seorang lelaki yang akan memimpin seorang isteri kejalan ilahi. mereka beranggapan bahawa untuk menjadi seorang suami perlulah lengkap ilmu di hati, yee aku tidak sama sekali menyangkal pendapat sedemikian, aku juga akui tanggungjawab yang besar menanti di alam perkahwinan. banyak dugaan dan cabaran yang perlu aku rempuh. bukan senang nak bahagia, bukan susah nak derita.

Pelbagai dugaan akan dihadapi tatkala aku melafazkan ingin bernikah dengan orang yang aku kehendaki. bukan mudah rasanya seorang lelaki menadah tangan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami, bukan mudah juga kedua ibu bapa melepaskan anak perempuan mereka kepada lelaki yang entah boleh bertanggungjawab atau tidak terhadap keperluan dan kehendak anak mereka yang selama ini mereka tanggung. pelbagai keraguan akan timbul didalam pemikiran mereka terhadap menantu yang mereka akan terima dalam keluarga, adakah layak engkau mengahwini anakku?? itu sudah pasti menjadi persoalan yang tiada titik noktah.

Apakah aku layak menjadi seorang suami??

Bukan hak aku mengadili diri aku sendiri, bukan hak mereka juga menghukum dengan semudahnya, aku sedar dan pasti pelbagai dugaan perlu dihadapi untuk mengecap bahagia yang hakiki. kematangan manusia bukan di ukur melalui umur, ada juga yang sudah berusia tahap pemikiran mereka tidak setaraf dengan umur mereka. itu semua terpulang kepada individu tersebut membuat penilaian atas segala tindak tanduk yang dilakukan. bagi aku faktor umur yang muda bukanlah penentu kelayakan seseorang itu boleh berkahwin atau tidak. manusia berubah, sikap berubah, ilmu juga berubah. kenapa ilmu berubah? tak pernah lagi aku merasakan ilmu berkurangan, walhal ilmu semakin bercambah tatkala kita meniti kehidupan harian. 

Dalam berkata mungkin berbisa, dalam bertindak mungkin membinasa. seringkali aku tertanya apakah tindak tanduk yang aku lakukan sering menyakitkan hati orang sekeliling, dalam setiap pertuturan mungkin terpalit sedikit kebencian. kita manusia biasa yang tak lari dari kesilapan, dari kesilapan barulah tercetus kesempurnaan, jangan beranggapan bahawa semua manusia menyukai kita sedangkan kita sendiri tak menyukai segelintir dari mereka. aku bukanlah seorang lelaki yang mudah bergaul dan berbual kosong dengan orang sekeliling, malahan aku hanya suka bersuara bila ada point yang ingin aku ketengahkan. sedangkan orang yang paling aku rapat macam mak aku pun jarang berbual bersama. bukan tak ingin bersuara atau berlagak sombong. Tidak! aku lebih suka jadi pendengar dan menyelami isi hati orang dari menonjolkan diri aku sebenar. mungkin ada yang merasa terkesan atau berkecil hati dengan sikap aku, tapi Allah lebih mengetahui. dan lambat laun aku harap mereka boleh get along dengan perangai aku macam ni.

Setiap lelaki ada impian mereka sendiri, aku percaya semua orang ada pasang angan2 terhadap rumah tangga yang bakal mereka bina. aku pun ada, banyak fantasi yang aku angankan tapi apa pun aku masih berpaksikan realiti, berpijak dibumi yang nyata. aku cuma mengharapkan hati aku kuat dan tabah untuk menempuh liku kehidupan yang barangkali dua kali ganda mencabar dari kehidupan bujang sekarang. mana taknya bakal isteri kesayangan aku pun degil dia lain macam juga, tapi takpe aku bersyukur dia buat keputusan untuk sehidup semati dengan aku, bersyukur sangat. Alhamdullilah.

Selain itu juga aku sangat mengharapkan ibu bapa bakal isteri aku terima aku seadanya, aku bukanlah manusia yang paling sempurna untuk anakmu, tapi insyaAllah dengan kehadiran anakmu bakal menyempurnakan lagi diri aku. janji aku sebagai suami akan menjaga kebajikan dan keperluan anakmu sehingga akhir hayat. doakan kami mendapat keberkatan dalam perkahwinan yang bakal didirikan serta tegurlah kesilapan kami dengan hemah. aku juga berjanji tidak akan mencela anakmu dengan sehalus luka yang mencederakan dia. beri kami masa untuk buktikan kepada kamu bahawa perkahwinan ini merupakan titik permulaan kehidupan yang lebih baik untuk anakmu. kami sebagai anak juga mendoakan kesihatan dan kesejahteraan kamu sebagai ibu bapa agar terhindar dari segala kesusahan di masa akan datang. sesungguhnya apa yang kami mahukan juga kegembiraan dan senyuman terpancar dari wajah kamu. aku juga mohon kamu mendoakan pintu rezeki kami terbuka lebih luas agar aku dapat membahagiakan keluarga baruku. dan jujur dari lubuk hati aku, aku ikhlas menerima kekurangan dan kelebihan anakmu sebagai isteriku. Dan aku harapkan bakal isteriku juga ikhlas menerima kekuranganku. Amin.

Doakan kami.


Bahagia itu kita yang pilih

Bahagia itu pilihan. 

Sebenarnya dalam hidup ni, kita jangan menyalahkan orang lain bila kita tidak bahagia, kerana kebahagiaan itu bukan orang lain yang ciptakan tapi ada pada hati kita sendiri. Bahagia itu hakikatnya dekat, terlalu dekat dengan kita. Kebahagiaan itu bukan untuk dicari. Jika kita masih tercari cari, maknanya kita tak ada kebahagiaan itu. Kebahagiaan itu kita tak perlu cari, tetapi kita perlu membinanya, kita yang harus menciptanya kerana kebahagiaan itu terletak pada sekeping hati, sekeping hati yang selalu bersyukur.


Orang yang paling bahagia dalam hidupnya adalah orang yang tidak selalu memiliki sesuatu yang terbaik dalam kehidupannya, tapi hanya selalu berusaha untuk bersyukur dan menjadikan setiap apapun yang hadir dalam hidupnya menjadi yang terbaik. Kebahagiaan yang sempurna terdapat pada seseorang yang sederhana tetapi dia memperlakukannya dengan istimewa. Ibarat kata orang "tak perlu miliki segalanya untuk bahagia, cukup jadikan apa yang sudah kau miliki saat ini sebagai alasan untuk bahagia" .

Hargai apa yang kita miliki saat ini. Kebahagiaan tak akan pernah datang kepada mereka yang tidak menghargai apa yang mereka miliki. Hargai apa yang kita miliki hari ini, kerana kita tidak pernah tahu apa yang kita miliki hari ini masihkah ada untuk hari esok.
Bila perancangan kita tidak menjadi seperti yang kita harapkan, ingatlah dan senyumlah kerana kita merancang dengan cita cita tetapi Allah merancang dengan cinta.

Ada yang berpendapat mencari kebahagiaan itu ibarat mengutip serpihan kaca. ada yang berjaya mengutip dengan banyak dan ada yang mengutip paling sedikit; tapi tiada seorang pun yang berjaya mengutip kesemuanya, kerana tatkala mengutipnya pasti ada yang terluka.

Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan, namun kita harus menuju kesana. ada orang yang berputus asa berjalan kearahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar, padahal mudah kerana ia daripada dirinya sendiri.


Sampai ke hari ini aku tetap percaya bahagia itu adalah pilihan. dan bersama siapa kita bahagia, kita juga yang pilih.

Senyum.

Erti Kemerdekaan bagi generasi kini.

Jika disoal tentang apa itu kemerdekaan sudah tentu banyak jawapan yang bersilih ganti, jawapan yang datang dari perspektif setiap rakyat Malaysia. setiap individu punyai huraian masing2, bagi aku biar pun banyak jawapan yang berlainan cukup lah sekadar kita mengetahui bahawa kita bersyukur lahir di dalam negara yang penuh keharmonian.

Keharmonian yang aku maksudkan ialah apabila semua bangsa berganding bahu dalam menjayakan misi menjadikan Malaysia satu negara maju dan boleh bersaing dengan negara luar. yee memang penerangan aku di atas penuh hipokrasi dan bercanggah dengan apa yang dilalui penduduk malaysia masa kini, tapi aku punyai perspektif tersendiri akan apa yang aku ingin huraikan.

Seperti yang kita sedia maklum, kita dilahirkan dalam negara yang majmuk, pelbagai bahasa dan bangsa lahir memenuhi setiap pelusuk negara. jadi tidak hairan lah jikalau perkahwinan campur dari segi bangsa dan agama ada yang terjadi. ini bukti bahawa penetapan pemikiran rakyat malaysia bebas daripada kelompok yang hanya mementingkan status kaum dalam sesebuah institusi keluarga. ianya juga merupakan satu anjakan bagi merapatkan lagi perhubungan antara keluarga kedua belah pihak, malah dari segi adat kita dapat mempelajari dan menghormati asas kehidupan harian setiap kaum.

Kemerdekaan bagi golongan muda? tidak terlalu banyak untuk aku huraikan, tapi tidak terlalu sedikit untuk aku terjemahkan, secara amnya generasi yang lahir pada zaman pembangunan pesat malaysia ramai yang masih tidak mengerti akan apakah erti kemerdekaan pada diri mereka, dan secara khususnya kebanyakan remaja apabila disoal tentang erti kemerdekaan jawapan yang sudah tentu paling cliche akan kedengaran iaitu Malaysia bebas dari dijajah dari orang luar. Namun, sedarkah mereka bahawasanya kita masih dijajah oleh anasir luar?

aku huraikan sedikit mengapa aku bermaksud sedemikian, ini hanyalah pengetahuan dan perspektif individual aku sendiri. generasi muda zaman kini banyak yang terdedah dengan aktiviti yang tidak melambangkan patriotism mereka kepada negara, mereka mudah terpesong dengan ideologi dan konsepsual yang diterapkan oleh negara luar secara umumnya, tidak salah kita cuba mengaplikasikan cara dan kehidupan mereka dan diterapkan dalam kehidupan seharian di Malaysia. tapi perlulah di sedari bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai aturan adat dan kawalan agama yang kita sedia maklum sebagaimana negara2 islam lain terapkan. konsep sosialisasi di Malaysia sememangnya bebas tapi perlu berlandaskan apa yang dibenarkan. Jiwa patriotik yang dipupuk dari bangku sekolah juga kian hilang ditelan zaman, masih ingatkah waktu dibangku sekolah dahulu tiba sahaja bulan kemerdekaan setiap kelas akan rancak membuat persediaan untuk menyambut kemerdekaan, kumpulan koir akan berlatih menyanyikan lagu patriotik dan penyair akan mengalunkan bait2 merdu untuk diperdengarkan kepada penonton. tapi bandingkan pula dengan semangat generasi masa kini?

"Generasi muda pemangkin pembangunan negara."

Mungkin ada antara korang pernah dengar slogan tersebut, dari pemikiran korang sendiri dapatkah generasi kita merealisasikan slogan tersebut? bagi aku ianya tidak mustahil, tidak semua golongan muda tidak mempunyai visi dan bersikap optimistik terhadap pembangunan negara. kita sendiri mahukan masa depan yang gemilang untuk dilalui oleh generasi yang berikutnya. tapi, ada minoriti golongan muda yang mudah berpaling tadah dengan bersikap rebel dan lantang melaungkan ketidakpuashatian terhadap kerajaan Malaysia, memang kita ada hak demokrasi di dalam negara tapi perlulah mengikut SOP dan saluran yang betul, jikalau tidak maka timbullah isu perpecahan dan pertelagahan sesama kita. Sedarkah anda bahawa akar yang kuat maka kukuhlah strukturnya. Bergantung kepada kepimpinan akar umbi untuk mentadbir sesebuah negara dengan lebih adil dan saksama atau bersikap diktator yang hanya menuruti kehendak sendiri. rakyat lebih bijak menilai.

Memang di akui Malaysia sedang lalui situasi yang sukar oleh kerana kepimpinan yang dipilih oleh majoriti penduduk Malaysia mula hilang kepercayaan oleh pengundi mereka sendiri. Apa yang dijanjikan sewaktu pemilihan berlawanan dari apa yang ditunaikan. krisis yang dialami oleh pemimpin kita juga merupakan faktor rakyat mula merasa berbelah bahagi dan lantas menyebabkan percanggahan pendapat oleh penyokong dan pembangkang. tahukah korang situasi pertegangan yang dipampangkan oleh media hanyalah satu drama dan senario yang hanya untuk mempengaruhi masyarakat. realitinya mereka bersalaman tangan dan bergurau senda setelah selesai perdebatan, yang memberi kesan berpanjangan ialah penyokong dibelakang mereka yang sering bertelagah antara penyokong lain. jadi korang nilai sendiri apakah manfaat yang korang peroleh lepas bertelagah untuk mereka?

Bagi aku dalam dunia ini ada dua jenis mindset manusia. Iaitu jenis yang mengira dari 0 ke 10 dan jenis yang mengira dari 1 ke 10. itu perumpamaan aku bagi meringkaskan lagi penerangan aku. ada manusia yang lebih suka berfikir lebih mendalam dan mengkaji akan permulaan sesuatu dan merangka dengan lebih awal agar segala yang kita perlukan berjalan lancar, bak kata orang putih "from zero to hero". dari situ semua asas yang kita perlukan dah kita rancang dari awal lagi. Berlainan pula dengan jenis yang mengira dari 1 ke 10, mereka lebih straight forward akan apa yang ingin mereka lakukan, asas sudah tersedia tinggal hanya perlu laksanakan sahaja, dan bagi aku manusia jenis begini agak merugikan kerana proses pembelajaran dari awal tidak mereka pelajari, mereka tidak mahu mengambil risiko mula dari bawah dan perlahan naik ke atas. hasil kedua duanya tetap sama, namun secara teori 0 ke 10 mempunyai lebih 1 point daripada 1 ke 10. kira guna jari korang. dan rasanya mana yang lebih menguntungkan? hadamkan.

Kesimpulanya, apa yang aku nak sampaikan ialah generasi muda perlulah bijak menilai dan membuat keputusan dalam kehidupan mereka, mungkin seronok sekarang tapi tidak lagi masa hadapan. buat perancangan dari 0 ke 10 agar kehidupan kita lebih bermakna dengan pengalaman dan pembelajaran yang telah kita peroleh. Belajar menghargai kemajuan yang telah kita capai dan berani untuk melakukan perubahan kepada diri, masyarakat dan negara. Merdekakan diri dari dibelenggu dengan mentaliti barat dan semaikan diri dengan sikap patriotik. setelah itu baru lah kita akan merasa sayangkan keamanan dan perpaduan negara yang telah kita kecapi.

Akhir kata, selamat menyambut hari kemerdekaan kepada semua lapisan masyarakat, teruskan bersatu tidak mengira kaum untuk mencapai kemakmuran berpanjangan.

MERDEKA!

Kegagalan.

Setiap manusia pernah lalui kegagalan dalam hidup, besar atau kecil hal tersebut mempengaruhi kehidupan seharian, sering kita merancang untuk menjayakan sesuatu tapi atas faktor yang tidak kita jangkakan segala perancangan terhenti ditengah jalan, sebaik baik perancangan manusia Allah juga yang menentukan.

Pernah juga aku berfikir apakah manusia sedar kita punyai kelemahan?? riak takbur dengan duniawi walhal tak sedar kita hanya secebis makhluk yg kecil dimuka bumi ini, tiada manusia yang sempurna, malahan yang menyempurnakan ialah sikap bersyukur kita terhadap nikmat yang Allah beri.

Melalui kegagalan kita bercambah pengalaman, banyak yang kita boleh pelajari dari kegagalan, perlu ditanam didalam hati gagal sekali bukan gagal selamanya, jujur aku akui pernah gagal dan terus berputus asa. aku tak cuba bangkit untuk jadikan kegagalan itu sebagai titik permulaan yang baru, terus menghukum diri dan meletakkan kesalahan berpunca dari sekeliling. tapi setiap yang terjadi ada hikmahnya, perlahan aku cuba bangkit dan kembalikan semangat yang hilang untuk kejar kejayaan. yang banyak memberi semangat ialah kawan yang sentiasa ada tak kira masa.

Lumrah manusia lupa pencipta saat bahagia, memang di akui waktu berseronok aku lupa semuanya, lalai dengan dunia amal akhirat jauh sekali. bila ditimpa kesusahan dan kegagalan mula merangkak mencari yang maha Esa. tercetus di dalam hati segala kepayahan yang terjadi berpunca dari aku yang tak pernah bersyukur akan segala nikmat yang Allah beri, dilimpahkan kesenangan namun riak pada yang memberi, ego untuk bersujud dan takbur dengan keduniaan.

Kau kata hidup hanya sekali? sudah cukup amal untuk dibawa mati?

kalau dihitung amalan diri, berat lagi dosa yang dihujani, bukan tidak sedar dosa yang dilakukan, tapi mentaliti kita yang masih mahukan keseronokan dan insaf dihari tua membuatkan manusia leka. sedangkan hidup mati bukan kita yang menentukan.

jujur aku katakan, aku sudah puas dgn keseronokan dunia, biarpun hanya dalam usia muda, aku mulai sedar yang perlu dikejar ialah kebahagiaan dunia akhirat, Allah buka mata aku untuk berfikir lebih jauh ke hadapan, terpulanglah tanggapan orang yang menganggap bahawa aku tidak mengikut peredaran masa atau apa sahaja. Allah kurniakan aku pemikiran matang untuk aku berfikir cara untuk capai kebahagiaan sebenar. 

Aku cuba tidak menghukum manusia dengan sewenangnya, kerana setiap manusia berbeza penerimaannya, jangan terus meletakkan kesalahan yang dilakukan tanpa berfikir punca terjadinya permasalahan tersebut, cuba muhasabah diri dan fikir sedalamannya, apakah kita sendiri memenuhi kehendak orang lain? mahu mengharapkan orang lakukan sesuatu untuk kita walhal kita sendiri tidak berusaha untuk orang tersebut, renung kembali kesilapan yang kita lakukan dan terimalah karma yang ditetapkan..Allah maha adil..

Hukum karma. percayalah bahawa setiap yang kita lakukan terhadap individu ada pembalasannya, aku pun mulai merasa apa yang dah aku lakukan waktu lalu menghempas diri aku sendiri, doa orang yang teraniaya mustajab. maafkan kesalahan orang lain, dan bermohon maaflah terhadap orang lain..


Realiti Alam Pekerjaan.

Tahukah anda, alam pekerjaan ialah peringkat di mana semua manusia yang hidup di muka bumi ini perlu bekerja bagi meneruskan survival kehidupan, sama ada suka atau tidak itu terpulang pada hak individu, serasi dengan 'kemajuan' negara yang kita kecapi dekad ini sedar tak sedar kadar inflasi yang kita harapkan akan stabil jatuh merudum.

Posting kali ni aku nak ketengahkan isu yang mungkin engko tidak sedar tapi bermain dalam benak fikiran ni.

Mungkin ada yang tak bersetuju dengan pendapat yang cuba diketengahkan, tapi lebih elok kongsi pengalaman sendiri supaya boleh bantu serba sedikit para graduan yang tengah struggling cari kerja yang sesuai dengan apa yang dipelajari masa belajar dulu, sekali lagi di ingatkan ini cuma lah perkongsian aku yang cuma makan garam cebisan sahaja.

Tamat saje graduasi, bermain dalam fikiran semestinya cari pekerjaan yang bersesuaian dengan ilmu yang engko dapat masa belajar dulu, dapat scroll graduasi perkara pertama terlintas dah boleh demand gaji dengan bakal majikan, telah viral video di mana seorang bekas graduan dari kolej swasta dalam bidang guaman melahirkan rasa kecewa terhadap realiti yang terpaksa ditanggung beliau apabila tamat sesi pengajian. ada benar apa yang cuba disampaikan oleh beliau, tetapi ada juga yang dapat ditangkis oleh golongan yang berpemikiran lebih optimistik, segala point yang dilontarkan oleh Zahra di bidas dengan hujahan lebih masuk akal.

Tanya pada diri, apakah kita berani lebih lantang seperti beliau? menyatakan kelemahan sistem pentadbiran di hadapan "KRONI" politik, bersikap tenang namun tersentak isi yang disampaikan. kalau di ambil secara logik apa yang Zahra cuba zahirkan kepada umum tidaklah semua boleh dihadamkan. jujur aku katakan aku tak begitu setuju dengan pendapat beliau mengatakan hak melayu harus di utamakan. walhal perlu disedari bahawa syarikat2 besar banyak dipelopori oleh golongan bukan dari bangsa melayu. mahu harapkan kerja dari sektor kerajaan? tepuk dada tanya selera.

Umum mengetahui bahawa segulung ijazah tidak menjanjikan kesenangan di alam pekerjaan, menuntut di peringkat tertinggi tidak menjanjikan pulangan gaji yang di inginkan. tapi apa yang disalah erti oleh segelintir bekas graduan ialah mereka merasakan nilai mereka yang berpelajaran tinggi mempunyai tahap gaji minimum yang rasional. tidaklah aku menyalahkan pendirian mereka, aku sendiri pernah berpendirian sebegitu, apa yang nyata aku belajar menerima realiti dan liku pekerjaan yang sememangnya memerlukan sikap susah dahulu baru lah bersenang kemudian.

Dalam zaman kini, mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa kebanyakan majikan lebih memerlukan pekerja yang mempunyai pengalaman dan kemahiran bekerja yang di perlukan oleh syarikat. majikan mudah menilai keefisienan cara bekerja berbanding mengambil fresh graduate yang memerlukan latihan dan bimbingan yang boleh merugikan syarikat jika individu tersebut tidak sampai sebulan pun bertahan di syarikat mereka.

Kalau dah bekerja sudah tentu kehendak diri di utamakan. sebagai contoh kereta. majoriti golongan muda mempunyai misi mereka yang tertentu apabila sudah bekerja. namun apa yang mereka tak sedari mereka tidak membataskan kewangan mereka dengan kehendak yang ingin dipenuhi, ansuran bulanan kereta sahaja sudah menelan hampir 60% komitmen gaji mereka. secara tidak langsung perbelanjaan bulanan mereka seperti kais pagi makan pagi kais petang makan petang. pernah juga aku terbaca artikel di facebook menyatakan kereta merupakan penanda aras kewangan setiap individu, ini yang di salah anggap oleh sesetengah individu yang berfikiran cetek. relevankah lagi mentaliti sebegini di dalam arus ekonomi yang serba tak menentu ini? sekali lagi tepuk dada tanya selera.

Zahra juga ada menyatakan hujah bawah harga rumah pada masa kini terlalu mahal untuk golongan belia berpendapatan sepertinya, aku setuju dengan pendapat beliau kerana rumah mampu milik pada masa kini pun sudah mencecah lebih daripada RM70k. bagi golongan belia ianya agak mustahil bagi mereka memiliki rumah sendiri oleh sebab komitmen serta bebanan yang terpaksa mereka tanggung untuk memulakan kehidupan dalam persekitaran yang memerlukan kos sara diri yang tinggi.

Bagi aku, apa bidang kerja sekalipun perlulah di sertakan dengan niat dan iltizam di dalam diri untuk kita majukan diri sendiri, tidak salah berasa cemburu terhadap kejayaan orang lain. ia boleh menjadi pemangkin kepada kita untuk usaha dengan lebih gigih dan meningkatkan lagi taraf hidup kita. yang paling penting sentiasa berikhtiar untuk mencari rezeki yang halal.

Kesimpulannya, tahun 2015 adalah tahun yang sangat mencabar bagi golongan belia oleh kerana dengan ketidakstabilan ekonomi serta kos sara diri yang semakin tinggi memaksa diri mereka bersikap lebih 'demanding'. paksa diri untuk lebih fleksible bekerja dalam apa bidang sekalipun. timba pengalaman dari bawah dan sentiasa positif dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Life Expectation vs Reality

Tahukah anda

Semua orang ada life expectation sendiri. aku percaya semua orang ada impian sendiri yang korang harapkan suatu hari nanti, tipulah kalau diri sendiri tak ada visi untuk maju lebih kehadapan, baik dari segi kebahagian hidup mahupun kesempurnaan diri, tak ada satu makhluk pun yang nak sia siakan hidup sampai mati.

Well, aku ade life expectation sendiri..even aku rasa untuk capai expectation yang aku nak bukan mudah. banyak halangan yang perlu aku tempuh untuk hadap dunia realiti. kita boleh bermimpi malahan berangan impikan sesuatu dan aku rasa ia tak salah, tapi apakah kita berusaha untuk capai matlamat hidup tu?

Persoalan ini sering berlegar dalam kotak fikiran aku, bak kata orang "kita mampu merancang, Allah yang menentukan"..memang betul apa yang dikatakan, tapi kita sebagai manusia perlu tahu tak semua benda akan berhasil tanpa usaha dan istiqamah. sebaik baik perancangan manusia tetap akan ada kekhilafannya, "jangan berjuang jika tak mampu mengejar menang"..belum habis usaha dan tawakal kita sudah menyerah kalah, senjata tumpul tiada usaha mengasah.

Seringkali aku terfikir, kadangkala kekurangan yang ada pada kita itu merupakan kelebihan bagi orang lain. kita mungkin fikir nasib kita kurang baik dari orang lain yang punyai segalanya, tapi perlu di ingat Allah maha adil, tak semestinya kesenangan itu sempurna bagi sesetengah manusia dan tak semestinya kesempitan merupakan kesusahan bagi mereka. ada perkara kontra yang perlu di titikberatkan dalam kehidupan dalam sedar atau tidak, hargai segalanya.

Kalau di soal apakah visi hidup aku di kemudian hari? banyak yang aku fikirkan..terlalu banyak untuk aku huraikan, terlalu rumit untuk aku fahamkan. bagi aku jika digabung semua yang aku mahu konklusinya sudah tentu aku mahu hidup yang bahagia. bahagia dari segi segalanya. tapi aku berpijak di bumi yang nyata, terlalu banyak pembolehubah yang boleh buat aku putus asa. moga aku tabah dan kuat teruskan perjuangan hidup ini.

Pernah terlintas di hati, mahu larikan diri ke tempat yang terpencil jauh dari sosial dan jauh dari masalah, nikmati suasana sunyi tanpa sebarang kekusutan. tapi realitinya kini, apa pun jua masalah yang datang perlu dihadapi sama ada susah dan senang, dan aku harapkan pasangan hidup aku cekal harungi hidup penuh cabaran bersama aku, sentiasa memberi sokongan dan tidak mengalah dalam apa jua keadaan. 

Aku pernah gagal dalam banyak hal, malah kegagalan itu berpunca dari aku sendiri, tanpa kegagalan kita tak mungkin tahu dari mana silap kita. dan bila kita sedar silap kita tu kita dah kehilangan segalanya. pengalaman cukup mengajar aku untuk lebih berhati-hati dalam buat keputusan, kerana dalam keadaan yang beremosi manusia mudah hilang pertimbangan, kita mudah menyatakan sesuatu yang boleh menyebabkan penyesalan di kemudian hari. dari hal yang terjadi pada masa lampau aku belajar tenang dalam setiap keputusan, belajar menilai apakah kesan masa akan datang, apakah penyebab terjadinya sesuatu dan bagaimana aku perlu tangani situasi itu.

Manusia datang dan pergi, setiap fasa hidup kita akan hadir seseorang yang rapat dengan kita. dan bila sampai waktu mahu atau tidak dia akan pergi tinggalkan kita. soalnya bersediakah kita ditinggalkan orang yang kita sayang? bagi aku, memang aku tak bersedia dan aku tak mahu, namun hati dan perasaan tak boleh dipaksa, aku tak nak orang yang aku sayang kelat tersenyum hanya untuk menjaga hati. bila mereka buat keputusan untuk melangkah pergi hormati keputusannya itu yang terbaik bagi dirinya. jangan ditambah pedih yang dirasa..

Kesimpulannya, jika jatuh bangkit semula..mulakan hidup baru, teruskan visi yang diimpikan. jangan pernah berputus asa dengan kehidupan, fikirkan yang terbaik untuk diri..buang kekeruhan dan jadikan kejernihan itu anjakan untuk kita lebih kehadapan, ambil positif semua yang terjadi dalam diri, Allah lebih mengetahui. 

Dalam kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin pada semua kawan dan yang pernah kenal diri aku, salam kosong-kosong.

Dan pada si dia aku mintak maaf segala salah silap, terlebih terkurang, termarah termaki dan semua yang aku dah lakukan yang menyebabkan kecil hati dan kecewa. aku tak mampu berikan kesempurnaan yang diharapkan, tapi aku cuba untuk menjadi terbaik untuk semuanya.

wasalam.

Sumbangan Keluarga, Agama Dan Negara.

Pernah terfikir?

Selama kita hidup apa sumbangan kita pada keluarga, agama dan negara? Persoalan ni sering berlegar dalam kepala otak aku, bukan sebab aku seorang yang negatif. Tidak. walhal aku lah manusia yang paling lemah dan paling takutkan tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai seorang lelaki. sedar tak sedar 25 tahun aku hidup, dalam jangka masa tu dustalah kalau korang sendiri tak pernah terdetik sekelip pun pasal hal ni.

Sumbangan Keluarga.

Mungkin ada yang berteriak muda lagi, banyak lagi perlu dikejar, lepaskan diri sendiri dulu. Ye aku faham situasi macam ni aku sendiri lalui. malahan ini lah isu yang selalu berlegar dalam kepala aku. Pernahkah korang selami hati ibubapa korang? apa yang mereka mahu selama mereka masih hidup? apa yang mereka harapkan pada kita? satu jek jawapan ringkas. KEBAHAGIAAN.

Duit tak dapat bagi mereka senang, harta tak dapat puaskan hati diorang. senyum tawa seorang anak yang bahagia lengkapkan hidup parents kita. "AHH ko cakap senang laa, parents aku bukan macam parents korang.." dengkis seorang anak yang rasakan terkesan dengan situasi macam ni. sama ada dalam sedar atau tidak kita sebagai anak pun perlu juga main peranan bersabar dengan sikap diorang. "Selagi jasad mereka belum terkubur, selagi nyawa masih bersemadi.."

Bila dah berkeluarga, jalankan tanggungjawab sebagai suami untuk jaga amanah Allah untuk kita iaitu isteri. aku tak pandai bercerita bab perkahwinan, walhal aku sendiri masih belum dirikan rumah tangga. Tapi apa yang aku harapkan sangat, bila sampai waktu yang telah tercatit untuk aku dirikan rumahtangga bersama orang yang aku pilih, aku mohon hati aku istiqamah, kuat dan teguh untuk bahagiakan isteri aku.  Amin.

Sumbangan Agama.

Pernah terasa diri kau jahil sangat tentang agama? aku pernah, terasa diri terlalu kerdil bila bergaul dengan golongan tinggi ilmu agama, terasa diri hina bila bergaul dengan rakan yang tak setara dengan kita akhlaknya. apa guna lengkap semua duniawi tapi bekalan akhirat cukup2 makan, yang kita tak tahu diterima atau tidak. tapi Allah tu maha pengampun, jahat mana pun seorang manusia tu kita tak berhak menghukum mahupun menilai.

Setiap manusia ada kisah silam, biar pengalaman silam mendidik kita. jangan terlalu takbur dengan kebaikan yang dilakukan tapi sedar tak sedar hati mulai riak. terlintas dalam lubuk hati, apa mudah manusia berubah dengan ikhlas sedangkan hati meronta mahukan kebebasan? mudah sebenarnya, jiwa dan hati perlu kental berdepan dengan dorongan negatif yang datang dari pergaulan bebas. mana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan tauladan.

Sumbangan Negara.

Aku bukanlah seorang rakyat yang membangkang ataupun menyokong, tapi apa yang bagus untuk perkembangan negara dan rakyat aku terima. aku juga suka mengikut perkembangan yang berlaku kat negara ni, kadang2 pengetahuan am yang kita dapat ni yang akan membantu kita satu masa nanti, atleast ada la juga info yang kita dapat share bila berbual dengan golongan yang bukan seumur dengan kita.

Apa sumbangan aku untuk negara? nothing..aku pun tak pasti apa yang aku dah menyumbang, selain ekonomi negara yang tengah merudum waktu ini, aku dapat laa sumbangkan duit kopi untuk pak menteri kita tiap bulan melalui potongan GST. bukan bermakna aku tak sayang Malaysia, bodohlah kalau aku tak hargai keamanan yang kita kecapi saat ni. tapi apa yang membuatkan aku tak hargai kepimpinan ialah apabila negara mengalami ketirisan ekonomi dan kadar inflasi yang teruk membuatkan rakyat yang percayakan janji manis mereka setiap 5 tahun telan air liur sendiri dan terhimpit, sedangkan yang dimahukan hanyalah kestabilan ekonomi yang menyenangkan semua pihak. 

Apa yang aku harap, rakyat lebih celik dan buka mata mereka kepada skop yang lebih besar untuk negara, buka minda terima perubahan yang mendatangkan faedah untuk kita, jangan kekal ditakuk lama, mudah menelan suapan yang dihidangkan tapi tak sedar kesan akan datang. 

Kesimpulannya, realiti hidup sebenar berlainan dari apa yang digambarkan, fikir secara matang untuk terima cabaran dan cari ikhtiar untuk survive. belajar lebih fleksible untuk terima benda baru, kerana ilmu sampai mati pun takkan terputus untuk kita selami.



Cabaran sebagai DESIGNER

Profesion sebagai designer ni ramai orang anggap sebagai kerja mudah, tak perlu kerah keringat, tak berpeluh dan tak boleh mendatangkan keuntungan. banyak cabaran yang perlu dilalui bila kita memilih pekerjaan seperti designer, antara cabaran yang selalu ada ialah :-

Kehendak Pelanggan 

Setiap pelanggan yang datang jumpa kita punyai idea dan pendapat berbeza, pandangan graphic bagi golongan tua dan muda sangaaatt berbeza, so kami ni sebagai designer perlu lihat dengan skop yang lebih jauh, perlu titikberatkan penerimaan setiap pelanggan atas design yang dihasilkan, bukan itu sahaja, malah kami juga punyai masalah bila pelanggan yang datang ialah dari sektor kerajaan, dari sini segala design yang fresh dari otak kita akan diketepikan dan digantikan dengan idea yang agak 'kuno' dari kebiasaan. (baik buka microsoft design sendiri ye takk)

Kurang maklumat

Selain tu juga masalah kurang maklumat dari pelanggan tu sendiri jadi masalah besar bagi kami, bukan senang bagi kami nak design tanpa sebarang asas, tanpa tahu hala tuju design tu akan ke mana, apa yang perlu diketengahkan, apa mesej yang nak disampaikan, konsep macam mana diperlukan & macam2 lagi lah. so please, next time kalau korang nak suruh designer came out with something u have to let them know everything bout the concept design. ada sesetengah pelanggan bila design dah siap diorang akan suruh amend lagi untuk tambah further detail, ni yang buat kami paling baran, bukan senang nak layout semula design yang dah dibuat. grrrrrr!

Costing

Bagi setiap company diorang mesti akan titikberatkan soal costing yang akan dikeluarkan untuk design ni di implement, kalau dah budget bagi ciput tapi nak design yang berkualiti susah la macam tu, bukan kami nak kata design kami based on how u pay us, tapi korang kena fikir material yang akan digunakan, kualiti, keberkesanan, long term use dan macam2 lagi.

Designer "Wannabe"

Yang ni paling annoying sekali, bukan kami tak suka ada pesaing lain, tapi at least pesaing tu mestilah qualified yang sebetulnya, maksud aku kat sini ialah dunia makin lama makin maju, dunia IT memang mudah dicapai sesiapa je, dan bila semua benda boleh di capai akan keluar lah generasi so called 'designer' ni, baru tahu basic adobe yang belajar dari internet dah mula cantas job orang lain, in the end, outcome yang dikeluarkan tak macam yang diharapkan pelanggan, dari situ kepercayaan pelanggan pada designer2 lain mula pudar, susah laa kami nak dapat income/side income, kesian lah pada kami yang susah payah timba ilmu last2 kamu yang 'mee segera' belajar cuma dari internet dan cuma ada basic jek potong jalan kami..haihhh

Plagiarisma

Bagi aku unsur plagiarism ni takde salah sebenarnya, maksud aku kat sini ialah kami bukan tiru bulat2 design yang kami research dari internet, walhal kami olah dan manipulate jadikan design tu lebih baik, ade seorang designer yang aku kenal pernah cakap "semua designer memang meniru(plagiat) tapi apa yang kita tiru dijadikan role model untuk hasilkan sesuatu yang lebih baik.." aku setuju apa yang die kata, sebab dengan meniru lah dunia kita makin berkembang, makin banyak benda yang lebih baik terhasil. tapi kalau dah meniru bulat2 untuk keuntungan sendiri tu memang makan maki laa jawabnyee..

Bayaran

Selain itu juga, soal bayaran ialah cabaran yang paling berat sekali, bila kawan, saudara ataupun jiran tahu kita ni designer diorang mula la ambil kesempatan minta tolong kita buatkan satu design tapi tak nak dikenakan bayaran, atas alasan 'silaturahim' tak kan nak charge harga juga kan. kami ni pergi timba ilmu pun dikenakan bayaran, hutang belajar nak kena bayar, makan minum pon pakai duit, duit kocek pon kami perlu. so please fahamilah hati nurani kami :(

p/s : bagi adik2 yang baru habis belajar dalam bidang graphic abang nasihatkan praktikkan ilmu yang kau dapat tu dalam dunia pekerjaan, designer ni banyak cabang kau boleh ceburi, bukan setakat graphic designer jek. jangan putus asa dan kuatkan semangat tempuh dunia kekreatifan..hik3

Coret Silam.

Herrrmm..

jarang sekali aku jejak jari nak update blog ni. yee JARANG, ntah laa semangat berblogging tu dah tak sama macam time aku masih menuntut dulu, macam2 benda dah berubah. ketara sangat perbezaan. bila mana aku imbas balik post-post terdahulu, status facebook bertahun lepas, aku dapat rasa masa yang tergadai. apa yang aku dah capai dan aku bazir selama masa berlalu.

MASA..

Semua orang perlu masa, tak sorang pon boleh lari dari meningkat usia, jujur kata aku masih terkial kejar apa yang aku cita, walhal masa seakan memecut tanpa mengira. kita sedar masa itu emas, tapi kenapa masih bazir masa? ntah laa.. banyak sangat masa aku terbuang, banyak sangat benda berfaedah yang aku boleh manfaat tapi aku biarkan, nilah khilaf manusia. bila dah takde baru terasa.

KEKHILAFAN..

Kau tanya semua orang pernah tak buat silap? pernah tak buat dosa?..kita manusia lemah mana boleh lari dari silap, tiada daya manusia elak dari kesilapan, jangan disalahkan orang lain kenapa kita buat silap & dosa. tanya diri kita sendiri. Aku? yee aku sedar banyak sangat silap dan dosa aku dah laksana, aku sedar masa yang aku patut beramal tapi aku cuma berkhayal dengan dunia. leka dengan keseronokan lalai dengan kenikmatan diberi. tapi siapa yang tak punya sejarah diri? bukan tugas kita menilai semuanya.

PENGALAMAN..

Dari kecik aku dah diajar belajar dengan hidup susah, macam2 kesusahan dah aku lalui. banyak pengalaman pahit manis bila hidup dalam kesusahan, aku tak kisah tak dapat apa yang aku nak masa kecik dulu. sebab aku percaya hidup ni macam roda. satu masa nanti aku akan bergolek ke atas walau perlahan. Alhamdullilah. karma hidup.

KERJA..

Bila habis sekolah aku excited nak kerja. aku sambar ape kerja sekalipun untuk aku tampung duit poket aku. waktu tu gaji 500 pon aku rasa cukup sangat dah untuk aku. bagi aku kos nak hidup makan minum beli itu ini masih relevan lagi, tapi sekarang..entah kenapa aku risau 10 tahun lagi. waktu bila gajet jadi keperluan bukan lagi kehendak. hubungan sesama manusia cuma bergantung pada jalur lebar. nak dibanding dengan 10 tahun lepas, beza..jauh sangat bezanya.

Hubungan..

Tahun ni juga aku di uji bermacam dugaan. dugaan kerja, aku strugle nak sesuaikan diri dengan tempat kerja baru, bukan senang aku nak puaskan hati majikan baru, nak pikul tanggungjawab lebih dalam syarikat yang lebih besar. tapi InsyaAllah tiada benda yang mustahil. dan dugaan paling besar Allah uji aku ialah terpaksa melepaskan orang yang paling aku sayang dan percaya boleh jadi isteri yang baik untuk aku. berat sangat hati. tapi aku tahu Allah punya rencana lain untuk aku. mungkin aku terlalu leka sebab tu Allah bagi peringatan macam ni. aku cuma boleh ucap terima kasih sgt2 sebab ambil berat kat aku selama kita bersama.

“Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”.