
Tips ini ditujukan kepada newbie komputer yang baru sahaja ingin melangkah ke dunia IT. Yang dah expert ade entry lain untuk korang tengok. ;-)
1. Pelajari bagaimana untuk "shut down" komputer dengan betul. ini adalah penting dan seringkali dianggap remeh. jika korang tidak "shut down" komputer dengan betul ia boleh menyebabkan masalah yang banyak. apabila komputer dimatikan secara tiba-tiba dan tanpa amaran operasi yang sedang dijalankan akan terganggu dan akan menyebabkan file yang tertinggal rosak.
2. Tahu di mana tempat untuk menyimpan file yang telah korang create. korang tidak sepatutnya simpan bersepah-sepahhh! Semua yang korang save atau create mestilah disimpan didalam folder dokumen di komputer korang. ini akan memudahkan pencarian semula fail tersebut,
3. Install program di lokasi yang betul iaitu di C: Drive. ia adalah tugas yang mudah kerana semua program akan di defaultkan untuk di install di C: Drive. namun kadangkala pengguna komputer ingin mengubah drive untuk install program. contohnya di D: Drive. lantas ia akan menyebabkan kesepahan kefailan kesusahan kecarian. :D
4. Jangan mengubah setting default. "jika ia tidak rosak, jangan pandai2 nak betolkan..ape kejadah??" pengguna selalu gatal tangan kacau setting yang tak perlu mereka usik dan akhirnya menyebabkan masalah timbul. selalunya jika korang hanya menggunakan komputer dan tidak menggangu setting asal, komputer korang akan berjalan dengan lancar dan landai tanpa sebarang komplikasi kesihatan :).
5. Uninstall program yang tidak digunakan dengan cara yang betul. ramai pengguna yang noob hanya delete ikon di dekstop dan menyangka fail tersebut telah dibuang sepenuhnya. ini sememangnya kesalahan yang paling terbaik untuk diketawakan oleh rakan-rakan. fail yang korang mahu uninstall tersebut perlulah dilakukan di control panel ye.
6. Explore komputer anda dan ketahui fungsi setiap menu yang anda. jika tidak faham istilah komputer bertanyalah kepada encik google yang genius. sesungguhnya pelbagai bahasa beliau faham.
7. Dapatkan antivirus jika anda mahu melayari internet. jangan ambil remeh tentang ini kerana jika dijangkiti virus akan menyebabkan komputer korang crash malahan merosakkan komponen hardware. ia tidak berbaloi merisikokan komputer korang disebabkan tidak mengendahkan soal antivirus, senarai perisian antivirus percuma boleh didapati di sini.
8. Pelajari bagaimana untuk membuat pemeriksaan komputer berjadual. perisian yang mudah untuk digunakan bagi memeriksa komputer adalah "tune up utilities" yang boleh di download di sini.
9. Melakukan update biasa. sebagai contoh update window, namun ia tidak digalakkan dilakukan jika korang hanya membeli window di kedai Ah kong yang berharga RM15..hahhaa..namun update antivirus merupakan sesuatu yang penting memandangkan setiap hari virus yang terbaru akan terhasil. ia penting agar antivirus dapat melawan virus-virus yang semakin hebat.
10. membuat fail sandaran atau fail backup di tempat lain. jika komputer korang mengalami crash fail backup sangat berguna untuk mengembalikan semula kehidupan komputer korang yang telah nazak. maka penting diingatkan agar korang membuat fail backup terutama fail yang sangat penting dalam hidup seperti fail gambar bekas kekasih korang yang ditinggalkan..:D