PERBEZAAN ANTARA HTTP DAN HTTPS


Perbezaan antara "http" dan "https" HTTP adalah singkatan dari HyperText Transport Protocol, iaitu salah satu protokol yang mengandungi bahasa yang difahami antara webserver dan klien (web browser di pc).


Jadi apa perbezaan huruf S yang membezakan antara HTTP dan HTTPS?


“S” adalah singkatan daripada “Secure”


. Jika korang mengunjungi laman Web , lihatlah alamat di web browser, ia akan biasanya dimulai dengan ini: http://.


Ini bererti bahawa website ini ‘berbicara’ dengan menggunakan pelayar biasa yang tidak selamat.


Dengan kata lain, ada kemungkinan ada seseorang yang sedang sekodeng pada komputer korang semasa ‘perbualan’ dengan website.


Jika korang mengisi borang di laman web tersebut, seseorang mungkin melihat maklumat yang korang hantar ke laman tersebut.


Jadi tidak digalakkan untuk kita memasukkan nombor kad kredit di laman http!


Tetapi, jika alamat web bermula dengan https:// , yang pada dasarnya bererti komputer korang sedang surfing di halaman dalam kod yang selamat dan tiada sesiapa yang dapat sekodeng maklumat korang.


Faham mengapa hal ini begitu penting, kan?


Jika sebuah laman web meminta untuk memasukkan maklumat kad kredit korang, secara automatik periksa dahulu samaada alamat web bermula dengan https:// .


Jika tidak, jangan memasukkan maklumat sensitif seperti nombor kad kredit.


*sumber syok.org