Sumbangan Keluarga, Agama Dan Negara.

Pernah terfikir?

Selama kita hidup apa sumbangan kita pada keluarga, agama dan negara? Persoalan ni sering berlegar dalam kepala otak aku, bukan sebab aku seorang yang negatif. Tidak. walhal aku lah manusia yang paling lemah dan paling takutkan tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai seorang lelaki. sedar tak sedar 25 tahun aku hidup, dalam jangka masa tu dustalah kalau korang sendiri tak pernah terdetik sekelip pun pasal hal ni.

Sumbangan Keluarga.

Mungkin ada yang berteriak muda lagi, banyak lagi perlu dikejar, lepaskan diri sendiri dulu. Ye aku faham situasi macam ni aku sendiri lalui. malahan ini lah isu yang selalu berlegar dalam kepala aku. Pernahkah korang selami hati ibubapa korang? apa yang mereka mahu selama mereka masih hidup? apa yang mereka harapkan pada kita? satu jek jawapan ringkas. KEBAHAGIAAN.

Duit tak dapat bagi mereka senang, harta tak dapat puaskan hati diorang. senyum tawa seorang anak yang bahagia lengkapkan hidup parents kita. "AHH ko cakap senang laa, parents aku bukan macam parents korang.." dengkis seorang anak yang rasakan terkesan dengan situasi macam ni. sama ada dalam sedar atau tidak kita sebagai anak pun perlu juga main peranan bersabar dengan sikap diorang. "Selagi jasad mereka belum terkubur, selagi nyawa masih bersemadi.."

Bila dah berkeluarga, jalankan tanggungjawab sebagai suami untuk jaga amanah Allah untuk kita iaitu isteri. aku tak pandai bercerita bab perkahwinan, walhal aku sendiri masih belum dirikan rumah tangga. Tapi apa yang aku harapkan sangat, bila sampai waktu yang telah tercatit untuk aku dirikan rumahtangga bersama orang yang aku pilih, aku mohon hati aku istiqamah, kuat dan teguh untuk bahagiakan isteri aku.  Amin.

Sumbangan Agama.

Pernah terasa diri kau jahil sangat tentang agama? aku pernah, terasa diri terlalu kerdil bila bergaul dengan golongan tinggi ilmu agama, terasa diri hina bila bergaul dengan rakan yang tak setara dengan kita akhlaknya. apa guna lengkap semua duniawi tapi bekalan akhirat cukup2 makan, yang kita tak tahu diterima atau tidak. tapi Allah tu maha pengampun, jahat mana pun seorang manusia tu kita tak berhak menghukum mahupun menilai.

Setiap manusia ada kisah silam, biar pengalaman silam mendidik kita. jangan terlalu takbur dengan kebaikan yang dilakukan tapi sedar tak sedar hati mulai riak. terlintas dalam lubuk hati, apa mudah manusia berubah dengan ikhlas sedangkan hati meronta mahukan kebebasan? mudah sebenarnya, jiwa dan hati perlu kental berdepan dengan dorongan negatif yang datang dari pergaulan bebas. mana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan tauladan.

Sumbangan Negara.

Aku bukanlah seorang rakyat yang membangkang ataupun menyokong, tapi apa yang bagus untuk perkembangan negara dan rakyat aku terima. aku juga suka mengikut perkembangan yang berlaku kat negara ni, kadang2 pengetahuan am yang kita dapat ni yang akan membantu kita satu masa nanti, atleast ada la juga info yang kita dapat share bila berbual dengan golongan yang bukan seumur dengan kita.

Apa sumbangan aku untuk negara? nothing..aku pun tak pasti apa yang aku dah menyumbang, selain ekonomi negara yang tengah merudum waktu ini, aku dapat laa sumbangkan duit kopi untuk pak menteri kita tiap bulan melalui potongan GST. bukan bermakna aku tak sayang Malaysia, bodohlah kalau aku tak hargai keamanan yang kita kecapi saat ni. tapi apa yang membuatkan aku tak hargai kepimpinan ialah apabila negara mengalami ketirisan ekonomi dan kadar inflasi yang teruk membuatkan rakyat yang percayakan janji manis mereka setiap 5 tahun telan air liur sendiri dan terhimpit, sedangkan yang dimahukan hanyalah kestabilan ekonomi yang menyenangkan semua pihak. 

Apa yang aku harap, rakyat lebih celik dan buka mata mereka kepada skop yang lebih besar untuk negara, buka minda terima perubahan yang mendatangkan faedah untuk kita, jangan kekal ditakuk lama, mudah menelan suapan yang dihidangkan tapi tak sedar kesan akan datang. 

Kesimpulannya, realiti hidup sebenar berlainan dari apa yang digambarkan, fikir secara matang untuk terima cabaran dan cari ikhtiar untuk survive. belajar lebih fleksible untuk terima benda baru, kerana ilmu sampai mati pun takkan terputus untuk kita selami.