Life Expectation vs Reality

Tahukah anda

Semua orang ada life expectation sendiri. aku percaya semua orang ada impian sendiri yang korang harapkan suatu hari nanti, tipulah kalau diri sendiri tak ada visi untuk maju lebih kehadapan, baik dari segi kebahagian hidup mahupun kesempurnaan diri, tak ada satu makhluk pun yang nak sia siakan hidup sampai mati.

Well, aku ade life expectation sendiri..even aku rasa untuk capai expectation yang aku nak bukan mudah. banyak halangan yang perlu aku tempuh untuk hadap dunia realiti. kita boleh bermimpi malahan berangan impikan sesuatu dan aku rasa ia tak salah, tapi apakah kita berusaha untuk capai matlamat hidup tu?

Persoalan ini sering berlegar dalam kotak fikiran aku, bak kata orang "kita mampu merancang, Allah yang menentukan"..memang betul apa yang dikatakan, tapi kita sebagai manusia perlu tahu tak semua benda akan berhasil tanpa usaha dan istiqamah. sebaik baik perancangan manusia tetap akan ada kekhilafannya, "jangan berjuang jika tak mampu mengejar menang"..belum habis usaha dan tawakal kita sudah menyerah kalah, senjata tumpul tiada usaha mengasah.

Seringkali aku terfikir, kadangkala kekurangan yang ada pada kita itu merupakan kelebihan bagi orang lain. kita mungkin fikir nasib kita kurang baik dari orang lain yang punyai segalanya, tapi perlu di ingat Allah maha adil, tak semestinya kesenangan itu sempurna bagi sesetengah manusia dan tak semestinya kesempitan merupakan kesusahan bagi mereka. ada perkara kontra yang perlu di titikberatkan dalam kehidupan dalam sedar atau tidak, hargai segalanya.

Kalau di soal apakah visi hidup aku di kemudian hari? banyak yang aku fikirkan..terlalu banyak untuk aku huraikan, terlalu rumit untuk aku fahamkan. bagi aku jika digabung semua yang aku mahu konklusinya sudah tentu aku mahu hidup yang bahagia. bahagia dari segi segalanya. tapi aku berpijak di bumi yang nyata, terlalu banyak pembolehubah yang boleh buat aku putus asa. moga aku tabah dan kuat teruskan perjuangan hidup ini.

Pernah terlintas di hati, mahu larikan diri ke tempat yang terpencil jauh dari sosial dan jauh dari masalah, nikmati suasana sunyi tanpa sebarang kekusutan. tapi realitinya kini, apa pun jua masalah yang datang perlu dihadapi sama ada susah dan senang, dan aku harapkan pasangan hidup aku cekal harungi hidup penuh cabaran bersama aku, sentiasa memberi sokongan dan tidak mengalah dalam apa jua keadaan. 

Aku pernah gagal dalam banyak hal, malah kegagalan itu berpunca dari aku sendiri, tanpa kegagalan kita tak mungkin tahu dari mana silap kita. dan bila kita sedar silap kita tu kita dah kehilangan segalanya. pengalaman cukup mengajar aku untuk lebih berhati-hati dalam buat keputusan, kerana dalam keadaan yang beremosi manusia mudah hilang pertimbangan, kita mudah menyatakan sesuatu yang boleh menyebabkan penyesalan di kemudian hari. dari hal yang terjadi pada masa lampau aku belajar tenang dalam setiap keputusan, belajar menilai apakah kesan masa akan datang, apakah penyebab terjadinya sesuatu dan bagaimana aku perlu tangani situasi itu.

Manusia datang dan pergi, setiap fasa hidup kita akan hadir seseorang yang rapat dengan kita. dan bila sampai waktu mahu atau tidak dia akan pergi tinggalkan kita. soalnya bersediakah kita ditinggalkan orang yang kita sayang? bagi aku, memang aku tak bersedia dan aku tak mahu, namun hati dan perasaan tak boleh dipaksa, aku tak nak orang yang aku sayang kelat tersenyum hanya untuk menjaga hati. bila mereka buat keputusan untuk melangkah pergi hormati keputusannya itu yang terbaik bagi dirinya. jangan ditambah pedih yang dirasa..

Kesimpulannya, jika jatuh bangkit semula..mulakan hidup baru, teruskan visi yang diimpikan. jangan pernah berputus asa dengan kehidupan, fikirkan yang terbaik untuk diri..buang kekeruhan dan jadikan kejernihan itu anjakan untuk kita lebih kehadapan, ambil positif semua yang terjadi dalam diri, Allah lebih mengetahui. 

Dalam kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin pada semua kawan dan yang pernah kenal diri aku, salam kosong-kosong.

Dan pada si dia aku mintak maaf segala salah silap, terlebih terkurang, termarah termaki dan semua yang aku dah lakukan yang menyebabkan kecil hati dan kecewa. aku tak mampu berikan kesempurnaan yang diharapkan, tapi aku cuba untuk menjadi terbaik untuk semuanya.

wasalam.