Realiti Alam Pekerjaan.

Tahukah anda, alam pekerjaan ialah peringkat di mana semua manusia yang hidup di muka bumi ini perlu bekerja bagi meneruskan survival kehidupan, sama ada suka atau tidak itu terpulang pada hak individu, serasi dengan 'kemajuan' negara yang kita kecapi dekad ini sedar tak sedar kadar inflasi yang kita harapkan akan stabil jatuh merudum.

Posting kali ni aku nak ketengahkan isu yang mungkin engko tidak sedar tapi bermain dalam benak fikiran ni.

Mungkin ada yang tak bersetuju dengan pendapat yang cuba diketengahkan, tapi lebih elok kongsi pengalaman sendiri supaya boleh bantu serba sedikit para graduan yang tengah struggling cari kerja yang sesuai dengan apa yang dipelajari masa belajar dulu, sekali lagi di ingatkan ini cuma lah perkongsian aku yang cuma makan garam cebisan sahaja.

Tamat saje graduasi, bermain dalam fikiran semestinya cari pekerjaan yang bersesuaian dengan ilmu yang engko dapat masa belajar dulu, dapat scroll graduasi perkara pertama terlintas dah boleh demand gaji dengan bakal majikan, telah viral video di mana seorang bekas graduan dari kolej swasta dalam bidang guaman melahirkan rasa kecewa terhadap realiti yang terpaksa ditanggung beliau apabila tamat sesi pengajian. ada benar apa yang cuba disampaikan oleh beliau, tetapi ada juga yang dapat ditangkis oleh golongan yang berpemikiran lebih optimistik, segala point yang dilontarkan oleh Zahra di bidas dengan hujahan lebih masuk akal.

Tanya pada diri, apakah kita berani lebih lantang seperti beliau? menyatakan kelemahan sistem pentadbiran di hadapan "KRONI" politik, bersikap tenang namun tersentak isi yang disampaikan. kalau di ambil secara logik apa yang Zahra cuba zahirkan kepada umum tidaklah semua boleh dihadamkan. jujur aku katakan aku tak begitu setuju dengan pendapat beliau mengatakan hak melayu harus di utamakan. walhal perlu disedari bahawa syarikat2 besar banyak dipelopori oleh golongan bukan dari bangsa melayu. mahu harapkan kerja dari sektor kerajaan? tepuk dada tanya selera.

Umum mengetahui bahawa segulung ijazah tidak menjanjikan kesenangan di alam pekerjaan, menuntut di peringkat tertinggi tidak menjanjikan pulangan gaji yang di inginkan. tapi apa yang disalah erti oleh segelintir bekas graduan ialah mereka merasakan nilai mereka yang berpelajaran tinggi mempunyai tahap gaji minimum yang rasional. tidaklah aku menyalahkan pendirian mereka, aku sendiri pernah berpendirian sebegitu, apa yang nyata aku belajar menerima realiti dan liku pekerjaan yang sememangnya memerlukan sikap susah dahulu baru lah bersenang kemudian.

Dalam zaman kini, mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa kebanyakan majikan lebih memerlukan pekerja yang mempunyai pengalaman dan kemahiran bekerja yang di perlukan oleh syarikat. majikan mudah menilai keefisienan cara bekerja berbanding mengambil fresh graduate yang memerlukan latihan dan bimbingan yang boleh merugikan syarikat jika individu tersebut tidak sampai sebulan pun bertahan di syarikat mereka.

Kalau dah bekerja sudah tentu kehendak diri di utamakan. sebagai contoh kereta. majoriti golongan muda mempunyai misi mereka yang tertentu apabila sudah bekerja. namun apa yang mereka tak sedari mereka tidak membataskan kewangan mereka dengan kehendak yang ingin dipenuhi, ansuran bulanan kereta sahaja sudah menelan hampir 60% komitmen gaji mereka. secara tidak langsung perbelanjaan bulanan mereka seperti kais pagi makan pagi kais petang makan petang. pernah juga aku terbaca artikel di facebook menyatakan kereta merupakan penanda aras kewangan setiap individu, ini yang di salah anggap oleh sesetengah individu yang berfikiran cetek. relevankah lagi mentaliti sebegini di dalam arus ekonomi yang serba tak menentu ini? sekali lagi tepuk dada tanya selera.

Zahra juga ada menyatakan hujah bawah harga rumah pada masa kini terlalu mahal untuk golongan belia berpendapatan sepertinya, aku setuju dengan pendapat beliau kerana rumah mampu milik pada masa kini pun sudah mencecah lebih daripada RM70k. bagi golongan belia ianya agak mustahil bagi mereka memiliki rumah sendiri oleh sebab komitmen serta bebanan yang terpaksa mereka tanggung untuk memulakan kehidupan dalam persekitaran yang memerlukan kos sara diri yang tinggi.

Bagi aku, apa bidang kerja sekalipun perlulah di sertakan dengan niat dan iltizam di dalam diri untuk kita majukan diri sendiri, tidak salah berasa cemburu terhadap kejayaan orang lain. ia boleh menjadi pemangkin kepada kita untuk usaha dengan lebih gigih dan meningkatkan lagi taraf hidup kita. yang paling penting sentiasa berikhtiar untuk mencari rezeki yang halal.

Kesimpulannya, tahun 2015 adalah tahun yang sangat mencabar bagi golongan belia oleh kerana dengan ketidakstabilan ekonomi serta kos sara diri yang semakin tinggi memaksa diri mereka bersikap lebih 'demanding'. paksa diri untuk lebih fleksible bekerja dalam apa bidang sekalipun. timba pengalaman dari bawah dan sentiasa positif dalam melakukan sesuatu pekerjaan.