Kegagalan.

Setiap manusia pernah lalui kegagalan dalam hidup, besar atau kecil hal tersebut mempengaruhi kehidupan seharian, sering kita merancang untuk menjayakan sesuatu tapi atas faktor yang tidak kita jangkakan segala perancangan terhenti ditengah jalan, sebaik baik perancangan manusia Allah juga yang menentukan.

Pernah juga aku berfikir apakah manusia sedar kita punyai kelemahan?? riak takbur dengan duniawi walhal tak sedar kita hanya secebis makhluk yg kecil dimuka bumi ini, tiada manusia yang sempurna, malahan yang menyempurnakan ialah sikap bersyukur kita terhadap nikmat yang Allah beri.

Melalui kegagalan kita bercambah pengalaman, banyak yang kita boleh pelajari dari kegagalan, perlu ditanam didalam hati gagal sekali bukan gagal selamanya, jujur aku akui pernah gagal dan terus berputus asa. aku tak cuba bangkit untuk jadikan kegagalan itu sebagai titik permulaan yang baru, terus menghukum diri dan meletakkan kesalahan berpunca dari sekeliling. tapi setiap yang terjadi ada hikmahnya, perlahan aku cuba bangkit dan kembalikan semangat yang hilang untuk kejar kejayaan. yang banyak memberi semangat ialah kawan yang sentiasa ada tak kira masa.

Lumrah manusia lupa pencipta saat bahagia, memang di akui waktu berseronok aku lupa semuanya, lalai dengan dunia amal akhirat jauh sekali. bila ditimpa kesusahan dan kegagalan mula merangkak mencari yang maha Esa. tercetus di dalam hati segala kepayahan yang terjadi berpunca dari aku yang tak pernah bersyukur akan segala nikmat yang Allah beri, dilimpahkan kesenangan namun riak pada yang memberi, ego untuk bersujud dan takbur dengan keduniaan.

Kau kata hidup hanya sekali? sudah cukup amal untuk dibawa mati?

kalau dihitung amalan diri, berat lagi dosa yang dihujani, bukan tidak sedar dosa yang dilakukan, tapi mentaliti kita yang masih mahukan keseronokan dan insaf dihari tua membuatkan manusia leka. sedangkan hidup mati bukan kita yang menentukan.

jujur aku katakan, aku sudah puas dgn keseronokan dunia, biarpun hanya dalam usia muda, aku mulai sedar yang perlu dikejar ialah kebahagiaan dunia akhirat, Allah buka mata aku untuk berfikir lebih jauh ke hadapan, terpulanglah tanggapan orang yang menganggap bahawa aku tidak mengikut peredaran masa atau apa sahaja. Allah kurniakan aku pemikiran matang untuk aku berfikir cara untuk capai kebahagiaan sebenar. 

Aku cuba tidak menghukum manusia dengan sewenangnya, kerana setiap manusia berbeza penerimaannya, jangan terus meletakkan kesalahan yang dilakukan tanpa berfikir punca terjadinya permasalahan tersebut, cuba muhasabah diri dan fikir sedalamannya, apakah kita sendiri memenuhi kehendak orang lain? mahu mengharapkan orang lakukan sesuatu untuk kita walhal kita sendiri tidak berusaha untuk orang tersebut, renung kembali kesilapan yang kita lakukan dan terimalah karma yang ditetapkan..Allah maha adil..

Hukum karma. percayalah bahawa setiap yang kita lakukan terhadap individu ada pembalasannya, aku pun mulai merasa apa yang dah aku lakukan waktu lalu menghempas diri aku sendiri, doa orang yang teraniaya mustajab. maafkan kesalahan orang lain, dan bermohon maaflah terhadap orang lain..