Erti Kemerdekaan bagi generasi kini.

Jika disoal tentang apa itu kemerdekaan sudah tentu banyak jawapan yang bersilih ganti, jawapan yang datang dari perspektif setiap rakyat Malaysia. setiap individu punyai huraian masing2, bagi aku biar pun banyak jawapan yang berlainan cukup lah sekadar kita mengetahui bahawa kita bersyukur lahir di dalam negara yang penuh keharmonian.

Keharmonian yang aku maksudkan ialah apabila semua bangsa berganding bahu dalam menjayakan misi menjadikan Malaysia satu negara maju dan boleh bersaing dengan negara luar. yee memang penerangan aku di atas penuh hipokrasi dan bercanggah dengan apa yang dilalui penduduk malaysia masa kini, tapi aku punyai perspektif tersendiri akan apa yang aku ingin huraikan.

Seperti yang kita sedia maklum, kita dilahirkan dalam negara yang majmuk, pelbagai bahasa dan bangsa lahir memenuhi setiap pelusuk negara. jadi tidak hairan lah jikalau perkahwinan campur dari segi bangsa dan agama ada yang terjadi. ini bukti bahawa penetapan pemikiran rakyat malaysia bebas daripada kelompok yang hanya mementingkan status kaum dalam sesebuah institusi keluarga. ianya juga merupakan satu anjakan bagi merapatkan lagi perhubungan antara keluarga kedua belah pihak, malah dari segi adat kita dapat mempelajari dan menghormati asas kehidupan harian setiap kaum.

Kemerdekaan bagi golongan muda? tidak terlalu banyak untuk aku huraikan, tapi tidak terlalu sedikit untuk aku terjemahkan, secara amnya generasi yang lahir pada zaman pembangunan pesat malaysia ramai yang masih tidak mengerti akan apakah erti kemerdekaan pada diri mereka, dan secara khususnya kebanyakan remaja apabila disoal tentang erti kemerdekaan jawapan yang sudah tentu paling cliche akan kedengaran iaitu Malaysia bebas dari dijajah dari orang luar. Namun, sedarkah mereka bahawasanya kita masih dijajah oleh anasir luar?

aku huraikan sedikit mengapa aku bermaksud sedemikian, ini hanyalah pengetahuan dan perspektif individual aku sendiri. generasi muda zaman kini banyak yang terdedah dengan aktiviti yang tidak melambangkan patriotism mereka kepada negara, mereka mudah terpesong dengan ideologi dan konsepsual yang diterapkan oleh negara luar secara umumnya, tidak salah kita cuba mengaplikasikan cara dan kehidupan mereka dan diterapkan dalam kehidupan seharian di Malaysia. tapi perlulah di sedari bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai aturan adat dan kawalan agama yang kita sedia maklum sebagaimana negara2 islam lain terapkan. konsep sosialisasi di Malaysia sememangnya bebas tapi perlu berlandaskan apa yang dibenarkan. Jiwa patriotik yang dipupuk dari bangku sekolah juga kian hilang ditelan zaman, masih ingatkah waktu dibangku sekolah dahulu tiba sahaja bulan kemerdekaan setiap kelas akan rancak membuat persediaan untuk menyambut kemerdekaan, kumpulan koir akan berlatih menyanyikan lagu patriotik dan penyair akan mengalunkan bait2 merdu untuk diperdengarkan kepada penonton. tapi bandingkan pula dengan semangat generasi masa kini?

"Generasi muda pemangkin pembangunan negara."

Mungkin ada antara korang pernah dengar slogan tersebut, dari pemikiran korang sendiri dapatkah generasi kita merealisasikan slogan tersebut? bagi aku ianya tidak mustahil, tidak semua golongan muda tidak mempunyai visi dan bersikap optimistik terhadap pembangunan negara. kita sendiri mahukan masa depan yang gemilang untuk dilalui oleh generasi yang berikutnya. tapi, ada minoriti golongan muda yang mudah berpaling tadah dengan bersikap rebel dan lantang melaungkan ketidakpuashatian terhadap kerajaan Malaysia, memang kita ada hak demokrasi di dalam negara tapi perlulah mengikut SOP dan saluran yang betul, jikalau tidak maka timbullah isu perpecahan dan pertelagahan sesama kita. Sedarkah anda bahawa akar yang kuat maka kukuhlah strukturnya. Bergantung kepada kepimpinan akar umbi untuk mentadbir sesebuah negara dengan lebih adil dan saksama atau bersikap diktator yang hanya menuruti kehendak sendiri. rakyat lebih bijak menilai.

Memang di akui Malaysia sedang lalui situasi yang sukar oleh kerana kepimpinan yang dipilih oleh majoriti penduduk Malaysia mula hilang kepercayaan oleh pengundi mereka sendiri. Apa yang dijanjikan sewaktu pemilihan berlawanan dari apa yang ditunaikan. krisis yang dialami oleh pemimpin kita juga merupakan faktor rakyat mula merasa berbelah bahagi dan lantas menyebabkan percanggahan pendapat oleh penyokong dan pembangkang. tahukah korang situasi pertegangan yang dipampangkan oleh media hanyalah satu drama dan senario yang hanya untuk mempengaruhi masyarakat. realitinya mereka bersalaman tangan dan bergurau senda setelah selesai perdebatan, yang memberi kesan berpanjangan ialah penyokong dibelakang mereka yang sering bertelagah antara penyokong lain. jadi korang nilai sendiri apakah manfaat yang korang peroleh lepas bertelagah untuk mereka?

Bagi aku dalam dunia ini ada dua jenis mindset manusia. Iaitu jenis yang mengira dari 0 ke 10 dan jenis yang mengira dari 1 ke 10. itu perumpamaan aku bagi meringkaskan lagi penerangan aku. ada manusia yang lebih suka berfikir lebih mendalam dan mengkaji akan permulaan sesuatu dan merangka dengan lebih awal agar segala yang kita perlukan berjalan lancar, bak kata orang putih "from zero to hero". dari situ semua asas yang kita perlukan dah kita rancang dari awal lagi. Berlainan pula dengan jenis yang mengira dari 1 ke 10, mereka lebih straight forward akan apa yang ingin mereka lakukan, asas sudah tersedia tinggal hanya perlu laksanakan sahaja, dan bagi aku manusia jenis begini agak merugikan kerana proses pembelajaran dari awal tidak mereka pelajari, mereka tidak mahu mengambil risiko mula dari bawah dan perlahan naik ke atas. hasil kedua duanya tetap sama, namun secara teori 0 ke 10 mempunyai lebih 1 point daripada 1 ke 10. kira guna jari korang. dan rasanya mana yang lebih menguntungkan? hadamkan.

Kesimpulanya, apa yang aku nak sampaikan ialah generasi muda perlulah bijak menilai dan membuat keputusan dalam kehidupan mereka, mungkin seronok sekarang tapi tidak lagi masa hadapan. buat perancangan dari 0 ke 10 agar kehidupan kita lebih bermakna dengan pengalaman dan pembelajaran yang telah kita peroleh. Belajar menghargai kemajuan yang telah kita capai dan berani untuk melakukan perubahan kepada diri, masyarakat dan negara. Merdekakan diri dari dibelenggu dengan mentaliti barat dan semaikan diri dengan sikap patriotik. setelah itu baru lah kita akan merasa sayangkan keamanan dan perpaduan negara yang telah kita kecapi.

Akhir kata, selamat menyambut hari kemerdekaan kepada semua lapisan masyarakat, teruskan bersatu tidak mengira kaum untuk mencapai kemakmuran berpanjangan.

MERDEKA!