Bahagia itu kita yang pilih

Bahagia itu pilihan. 

Sebenarnya dalam hidup ni, kita jangan menyalahkan orang lain bila kita tidak bahagia, kerana kebahagiaan itu bukan orang lain yang ciptakan tapi ada pada hati kita sendiri. Bahagia itu hakikatnya dekat, terlalu dekat dengan kita. Kebahagiaan itu bukan untuk dicari. Jika kita masih tercari cari, maknanya kita tak ada kebahagiaan itu. Kebahagiaan itu kita tak perlu cari, tetapi kita perlu membinanya, kita yang harus menciptanya kerana kebahagiaan itu terletak pada sekeping hati, sekeping hati yang selalu bersyukur.


Orang yang paling bahagia dalam hidupnya adalah orang yang tidak selalu memiliki sesuatu yang terbaik dalam kehidupannya, tapi hanya selalu berusaha untuk bersyukur dan menjadikan setiap apapun yang hadir dalam hidupnya menjadi yang terbaik. Kebahagiaan yang sempurna terdapat pada seseorang yang sederhana tetapi dia memperlakukannya dengan istimewa. Ibarat kata orang "tak perlu miliki segalanya untuk bahagia, cukup jadikan apa yang sudah kau miliki saat ini sebagai alasan untuk bahagia" .

Hargai apa yang kita miliki saat ini. Kebahagiaan tak akan pernah datang kepada mereka yang tidak menghargai apa yang mereka miliki. Hargai apa yang kita miliki hari ini, kerana kita tidak pernah tahu apa yang kita miliki hari ini masihkah ada untuk hari esok.
Bila perancangan kita tidak menjadi seperti yang kita harapkan, ingatlah dan senyumlah kerana kita merancang dengan cita cita tetapi Allah merancang dengan cinta.

Ada yang berpendapat mencari kebahagiaan itu ibarat mengutip serpihan kaca. ada yang berjaya mengutip dengan banyak dan ada yang mengutip paling sedikit; tapi tiada seorang pun yang berjaya mengutip kesemuanya, kerana tatkala mengutipnya pasti ada yang terluka.

Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan, namun kita harus menuju kesana. ada orang yang berputus asa berjalan kearahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar, padahal mudah kerana ia daripada dirinya sendiri.


Sampai ke hari ini aku tetap percaya bahagia itu adalah pilihan. dan bersama siapa kita bahagia, kita juga yang pilih.

Senyum.